Nov 24, 2009

Tip Memilih Tema Foto Praperkahwinan


Foto sebelum perkahwinan seperti sudah  menjadi kemestian bagi pasangan yang akan berkahwin. Bukan sahaja digunakan pada kad jemputan malah pada poster atau perentang (banner) ketika majlis perkahwinan  berlangsung di samping menjadi arkib kenangan pasangan tersebut. Untuk memastikan kenangan tersebut menjadi lebih indah foto tersebut mestilah lebih menarik daripada yang lain.
Sila gunakan tip-tip di bawah :

1. HOBI DAN MINAT
Selidik hobi dan minat pasangan tersebut agar sesi penggambaran dapat dilakukan di tempat yang pernah dikunjungi dan paling berkesan tempat yang memberi kesan nostalgia hubungan mereka.
2. PROFESION PASANGAN PENGANTIN
Ini suatu yang bagus sekiranya mengambil dari idea profesion pasangan pengantin. Sebagai contoh, sekiranya salah seorang daripada mereka seorang arkitek, maka latar yang perlu difikirkan adalah binaan sebuah bangunan yang unik yang pasti hasilnya amat bermakna sekali.
3. KENANGAN MASA LALU
Foto praperkahwinan mereka mungkin berupa perjalanan cinta mereka. Kalau cinta bermula di kampus belajar yang sama, latar penggambaran boleh di kampus dengan gaya retro ketika pasangan masih berstatus mahasiswa. Mereka boleh mengingat kenangan yang paling indah pada saat pertama kali bertemu sebagai gayanya. Pasti mantap! Tetapi anda harus peka mendapatkan feel kampus sesi penggambaran dilakukan pada hari kerja semasa kuliah berjalan. 
4. TEMPAT KEGEMARAN PERTEMUAN
Banyak tempat memerlukan kos yang tinggi. Jangan khuatir kerana ini bukan halangan untuk mendapatkan foto praperkahwinan yang unik. Cuba suruh pasangan pengantin mengingat tempat kegemaran mereka untuk makan dan sekadar berbual-bual menghabiskan waktu pada suatu ketika. Jangan khuatir jika hanya sebuah restoran murah di pasar. Dengan kepakaran dan pengalaman anda sebuah foto unik akan menjadi bercerita.
5. SUASANA SEHARI-HARI
Suasana sehari-hari bole menjadikan pasangan pengantin bergaya secara santai. Ekspresi spontan mereka membuat hasil foto kelihatan dapat berbicara. Fotografer akan mengambil secara candid sehingga ekspresi mereka akan lebih terlihat.
6. TEMPAT AWAM
Lokasi penggambaran bolehdilakukan di tempat-tempat yang tidak biasa. Misalnya di tengah kesesakan lalu lintas lalu lintas, di stesen atau perhentian bas, pasar malam hari,  jejantas, jambatan bahkan di pusat beli belah. Foto dengan idea ini sangat menarik dan memerlukan kepakaran anda sebagai fotografer serta keberanian pasangan tersebut untuk bergaya dan berekspresi di tempat awam.
7. TEMA KLASIK/LAMA
Memperhatikan secara keseluruhan sangatlah penting jika anda mengambil tema ini agar keseluruhan suasana pada saat itu terasa. Bukan hanya pakaian pasangan pengantin, latar foto dan perkakasan yang digunakan haruslah diselaraskan dengan sebaik mungkin.
8. FILEM DIMINATI/PERTAMA DITONTON BERSAMA
Sebagai fotografer anda boleh mengambil judul filem atau filem yang memberi kenangan kepada pasangan pengantin, misalnya filem yang pernah mereka tonton bersama untuk pertemuan pertama. Soal gaya atau postur boleh dipelajari daripada poster atau menonton filem tersebut untuk mengambil gaya-gaya tertentu.

Sebelum memutuskan suatu tema foto sebaiknya  harus berbincang kepada pasangan pengantin dan memberi masa kepada mereka untuk sepakat tentang konsep tema foto sama ada indoor atau outdoor. Outdoor memang lebih menarik dan banyak pilihan kerana ruang gerak lebih bebas, rileks, lebih natural dan fokus foto tidak jatuh pada mereka sahaja kerana ada latar foto. Jangan lupa juga bahawa foto praperkahwinan itu nanti juga dipaparkan di majlis perkahwinan mereka. Untuk itu, harus diingatkan foto tersebut sebaiknya disesuaikan dengan perhiasan pelamin atau pun kostum agar tidak terjadi konflik dengan tema perkahwinan mereka. Lebih baik pilih tema foto yang natural kerana kekuatan foto ini terletak pada interaksi yang harmonis di antara pasangan pengantin.
Jika mereka merasa tidak  fotogenik,  nasihatilah mereka agar melakukan gaya sebaik mungkin. Semasa penggambaran anda cuba untuk membuat sedikit lawak dan berkomunikasi dengan mereka seperti biasa. Berusahalah seolah-olah hanya mereka yang berada di tempat itu. Seboleh-bolehnya suruhlah mereka menunjukkan rasa sayang  melalui tatapan mata dan sentuhan-sentuhan halus/manja. Pandukan mereka untuk mengingati kenangan-kenangan indah suatu ketika ketika dahulu pada awal kisah cinta mereka yang penuh warna.

Peringatan : Tema apapun yang dipilih haruslah disesuaikan dengan peribadi pasangan pengantin. Ini adalah perkahwinan mereka dan merekalah raja dan ratu sehari pada masa tersebut. Semua perhatian akan bertumpu kepada mereka, Untuk itu bebaskan fikiran mereka dan buatlah foto praperkahwinan yang hebat untuk mereka!!

No comments:

Post a Comment