Sejarah Fotografi tercatat secara rasmi pada abad ke-19 dan lalu berkembang bersama-sama kemajuan lain yang dijanakan manusia sejalan dengan kemajuan teknologi yang sedang pesat. Pada tahun 1839 telah dicanangkan sebagai tahun awal fotografi. Pada waktu itu, di Perancis dinyatakan secara rasmi bahawa fotografi adalah sebuah penerokaan teknologi yang hebat rakaman dua dimensi seperti yang dilihat oleh mata dapat dikekalkan dan dipegun.
Sejarah fotografi bermula sejak sebelum Masehi. Dalam buku The History of Photography karya Alma Davenport, terbitan University of New Mexico Press dalam tahun 1991, dinyatakan bahawa pada abad ke-5 Sebelum Masehi (SM), seorang pemuda bernama Mo Ti sudah mengamati satu fenomena apabila pada sebuah dinding di ruangan yang gelap terdapat lubang kecil (pinhole), maka pada bahagian dalam ruang itu akan terefleksi pemandangan di luar ruang secara terbalik melalui lubang kecil tadi. Mo Ti adalah orang pertama yang menyedari fenomena kamera obscura.
Beberapa abad kemudian, ramai orang yang menyedari serta mengagumi fenomena ini, antaranya Aristotles pada abad ke-3 SM dan seorang ilmuwan Arab, Ibnu Haitham (Al Hazen) pada abad ke-10 SM, dan kemudian berusaha untuk menciptakan serta mengembangkan alat yang sekarang dikenali sebagai kamera. Pada tahun 1558, seorang ilmuwan Itali, Giambattista de La Porta menyebut ”camera obscura” pada sebuah kotak yang membantu pelukis menangkap bayangan gambar (Bachtiar: 10).
Menurut Szarkowski dalam Hartoyo (2004: 21), nama camera obscura diciptakan oleh Johannes Keppler pada tahun 1611:
“By the great Johannes Keppler has designed a portable camera constructed as a tent, and finaly give a device a name that stuck: camera obscura… The interior of the tent was dark except for the light admitted by a lens, which foucussed the image of the scene outside onto a piece of paper.”
(Pada tahun 1611 Johannes Keppler membuat reka bentuk kamera mudah alih yang dibuat seperti sebuah khemah, dan akhirnya memberi nama alat tersebut sebuah nama yang terkenal hingga kini: kamera obscura. Keadaan dalam khemah tersebut sangat gelap kecuali sedikit cahaya yang ditangkap oleh lensa, yang akan membentuk gambar seperti di luar khemah pada sehelai kertas).
Pada awal abad ke-17 seorang ilmuwan berbangsa Itali bernama Angelo Sala menemukan apabila serbuk perak nitrat terkena cahaya, warnanya akan berubah menjadi hitam, manakala seorang profesor anatomi berbangsa Jerman, Johan Heinrich Schulse, pada 1727 melakukan uji kaji dan membuktikan bahawa plat klorida perak menjadi hitam adalah disebabkan oleh cahaya dan bukan oleh panas merupakan fenomena yang telah diketahui sejak abad ke-16 bahkan mungkin lebih awal lagi. Beliau mendemonstrasikan fakta tersebut dengan menggunakan cahaya matahari untuk merakam serangkaian kanta pada plat klorida perak; tetapi gagal mempertahankan gambar secara kekal.
Kemudian sekitar tahun 1800, seorang berbangsa Inggeris bernama Thomas Wedgwood, melakukan uji kaji untuk merakam gambar positif daripada imej pada kamera obscura berlensa (pada masa itu kamera obscura lazimnya hanya menggunakan lubang kecil untuk cahaya masuk), tapi hasilnya sangat mengecewakan. Akhirnya beliau menumpukan perhatian sebagaimana juga Schulse, membuat gambar-gambar negatif (sekarang dikenal dengan istilah fotogram) dengan cahaya matahari, pada kulit atau kertas putih yang telah diselaputi komponen perak. (...bersambung)
No comments:
Post a Comment