1. Pelajari semua fungsi kamera
Pelajari buku manual kamera dan tata letak tombol dan suis serta kegunaannya, maksud nya kita harus benar-benar tahu dan faham fungsinya dan hafal tempat letaknya.Lakukanlah penekanan tombol sampai kita biasa dan boleh walau pun melakukannya dengan mata tertutup atau di tempat yang gelap. Tip pertama ini seperti ketika mula belajar memandu kenderaan sehingga kita tidak perlu lagi melihat kedudukan pedal yang perlu ditekan.
2. Pelajari Lensa Zoom dan fokus
Jika Anda memiliki kamera digital SLR , saya menyarankan untuk zooming (close) atau wide-ing focusnya dilakukan secara manual dan ingat ketika lensa lebih panjang (zoom/close) memerlukan aperture yang lebih besar untuk menghasilkan gambar yang baik di banding ketika lensa pendek (wide) pelajarialah dan percepatlah prosesnya dalam meng-close atau me-wide untuk membidik suatu object, yang berkaitan langsung dengan focus serta aperture
3. Terima kondisi kamera seadanya
Bagaimana anda akan menghasilkan gambar yang bagus jika anda tidak suka pada kamera anda pada saat menangkap gambar ? Sedangkan gambar yang dihasilkan harus menggunakan kamera anda dan seharusnya anda memahami batasan yang ada pada kamera dan belajar bertoleransi dengan kamera tersebut. Sekiranya kamera tersebut telah lama digunakan, maka memerlukankan penggunaan bateri yang tinggi dalam pemrosesan gambar, atau hal lainnya. Hal ini bersifat psikologikal akan tetapi secara teknikalnya anda semestinya memahami kekuatan dan kelemahan kamera tersebut.
4. Percepatkan semua proses
Nyahaktifkan fungsi setiap fungsi automatik yang tidak anda perlukan. Semakin anda memahami dan menguasai karakteristik kamera, semakin cepat anda membuat kerja. Cubalah mengubah fokus kepada mod manual dan anda akan takjub melihat betapa responsif kamera anda bekerja. Tip ini adalah untuk mengurangkan perbezaan antara anda dan subjek, sehingga semuanya menjadi mudah dan anda dapat menumpukan pada penghasilan gambar dan bukan lagi pada kamera anda
5. Tempat simpanan yang mudah
Memudahkan anda menjaga kamera pada setiap saat dan memudahkan apabila diperlukan. Sentiasa pastikan anda tahu di mana aksesori kamera anda tersimpan serta melindungi lensa dengan filter UV untuk menjaga lensa daripada calar dan sebagainya. Kekadang kita tidak peduli teknik penyimpanannya yang akan membuat kita terlambat untuk mengambil objek pada saat yang pantas. Hal ini memerlukan dan menghabiskan masa. Kalau boleh pilih sudut khusus untuk penyimpanan kamera berserta aksesorinya.
6. Jadikan kamera rakan karib
Sediakan beg kamera yang mesra pengguna agar mudah mengakses kamera anda dan ini memerlukan tempat penyimpanan yang berbeza ketika sedang bekerja dan untuk menghindari ketinggalan saat manis yang perlu untuk diabadikan
7. Lihat di sana, bukan di sini
Ketika memandu, kita hanya melihat ke hadapan tetapi pemandu yang hebat akan membaca jalan lebih ke depan dalam minda mereka atau setidaknya mereka menjaga jarak mereka agar dapat mudah berhenti apabila berlaku sesuatu. Anda akan terkejut betapa ramai fotografer tidak terfikir lagi pada saat yang tidak terlalu penting, mereka akan pergi ke tempat hanya berlaku saat yang penting akan berlangsung. Mereka hanya menyedari apa yang terjadi di sekitar mereka, tetapi mereka terus-menerus bertanya kepada diri, apa kah yang berlaku disana? Apakah yang akan terjadi selanjutnya ?
Tip kamera ini mengajarkan bahawa fikiran anda harus waspada terhadap semua di persekitaran anda. Apa yang anda lihat sekarang adalah asas untuk gambar yang akan datang. Pada masa yang diperlukan untuk mencapai sebuah hasil yang baik, anda mesti pandai merencanakan taktik dan strategi tetapi jika dibiarkan berlalu tanpa jangkaan ,maka jika berlaku secara kejutan, ini bermakna anda sudah terlambat untuk mengambil gambar bagi satu-satu saat yang amat bermakna.
8. Bayangkan Mata Anda Kamera
Ini mungkin terjadi ketika anda telah menguasai kemahiran kamera. Apabila melihat sebuah gambar yang berpotensi - dan ini dapat menjadi inspirasi, binatang liar, atau lanskap dan tidak pernah tahu berapa banyak masa yang dimiliki. Untuk mengatur modus pengambilan gambar, atau sensitiviti, atau zoom dengan panjang fokus yang memberi pembesaran yang diinginkan dan hanya perlu melakukannya dengan mata terus-menerus di tempat kejadian, sentiasa memilih posisi / sudut terbaik untuk gambar yang diinginkan dan sekaligus boleh membayangkan output gambar yang telah diambil itu tanpa perlu melihat paparan LCD.
9 Bayangkan gambar yang hebat
Mempunyai keberanian dan keyakinan untuk mengambil gambar yang diharapkan benar-benar membantu untuk membayangkan bahawa gambar yang diambil adalah luar biasa! Biarkan gambar yang menginspirasi untuk mengapung di fikiran dan hanya menunggu saatmenekan tombol untuk mengabadikannya. Ini adalah tentang bagaimana meng eksploitasi sebuah peristiwa dan membayangkan gambar yang paling menakjubkan yang yang akan dihasilkan sebelum mendapatkan posisi dan sebagainya yang belum dibayangkan oleh fotografer amatur.
10. jangan mudah berasa puas
Ini adalah tip terakhir iaitu dengan memastikan bateri telah dicas sepenuhnya sebelum meninggalkan stesen. Pastikan memiliki cukup ruang pada kad memori dan pastikan sensor kamera atau kanta lensa bersih dan jangan membidik kamera untuk hal yang tidak penting, dan jadikan setiap sesi pengambilan penting. Tip ini untuk mengelakkan kesulitan yang mungkin timbul pada masa akan datang. Buatlah senarai semak untuk memastikan profesion / hobi sampingan akan terus bernafas.
No comments:
Post a Comment