Nov 24, 2009

Tip Memilih Tema Foto Praperkahwinan


Foto sebelum perkahwinan seperti sudah  menjadi kemestian bagi pasangan yang akan berkahwin. Bukan sahaja digunakan pada kad jemputan malah pada poster atau perentang (banner) ketika majlis perkahwinan  berlangsung di samping menjadi arkib kenangan pasangan tersebut. Untuk memastikan kenangan tersebut menjadi lebih indah foto tersebut mestilah lebih menarik daripada yang lain.
Sila gunakan tip-tip di bawah :

1. HOBI DAN MINAT
Selidik hobi dan minat pasangan tersebut agar sesi penggambaran dapat dilakukan di tempat yang pernah dikunjungi dan paling berkesan tempat yang memberi kesan nostalgia hubungan mereka.
2. PROFESION PASANGAN PENGANTIN
Ini suatu yang bagus sekiranya mengambil dari idea profesion pasangan pengantin. Sebagai contoh, sekiranya salah seorang daripada mereka seorang arkitek, maka latar yang perlu difikirkan adalah binaan sebuah bangunan yang unik yang pasti hasilnya amat bermakna sekali.
3. KENANGAN MASA LALU
Foto praperkahwinan mereka mungkin berupa perjalanan cinta mereka. Kalau cinta bermula di kampus belajar yang sama, latar penggambaran boleh di kampus dengan gaya retro ketika pasangan masih berstatus mahasiswa. Mereka boleh mengingat kenangan yang paling indah pada saat pertama kali bertemu sebagai gayanya. Pasti mantap! Tetapi anda harus peka mendapatkan feel kampus sesi penggambaran dilakukan pada hari kerja semasa kuliah berjalan. 
4. TEMPAT KEGEMARAN PERTEMUAN
Banyak tempat memerlukan kos yang tinggi. Jangan khuatir kerana ini bukan halangan untuk mendapatkan foto praperkahwinan yang unik. Cuba suruh pasangan pengantin mengingat tempat kegemaran mereka untuk makan dan sekadar berbual-bual menghabiskan waktu pada suatu ketika. Jangan khuatir jika hanya sebuah restoran murah di pasar. Dengan kepakaran dan pengalaman anda sebuah foto unik akan menjadi bercerita.
5. SUASANA SEHARI-HARI
Suasana sehari-hari bole menjadikan pasangan pengantin bergaya secara santai. Ekspresi spontan mereka membuat hasil foto kelihatan dapat berbicara. Fotografer akan mengambil secara candid sehingga ekspresi mereka akan lebih terlihat.
6. TEMPAT AWAM
Lokasi penggambaran bolehdilakukan di tempat-tempat yang tidak biasa. Misalnya di tengah kesesakan lalu lintas lalu lintas, di stesen atau perhentian bas, pasar malam hari,  jejantas, jambatan bahkan di pusat beli belah. Foto dengan idea ini sangat menarik dan memerlukan kepakaran anda sebagai fotografer serta keberanian pasangan tersebut untuk bergaya dan berekspresi di tempat awam.
7. TEMA KLASIK/LAMA
Memperhatikan secara keseluruhan sangatlah penting jika anda mengambil tema ini agar keseluruhan suasana pada saat itu terasa. Bukan hanya pakaian pasangan pengantin, latar foto dan perkakasan yang digunakan haruslah diselaraskan dengan sebaik mungkin.
8. FILEM DIMINATI/PERTAMA DITONTON BERSAMA
Sebagai fotografer anda boleh mengambil judul filem atau filem yang memberi kenangan kepada pasangan pengantin, misalnya filem yang pernah mereka tonton bersama untuk pertemuan pertama. Soal gaya atau postur boleh dipelajari daripada poster atau menonton filem tersebut untuk mengambil gaya-gaya tertentu.

Sebelum memutuskan suatu tema foto sebaiknya  harus berbincang kepada pasangan pengantin dan memberi masa kepada mereka untuk sepakat tentang konsep tema foto sama ada indoor atau outdoor. Outdoor memang lebih menarik dan banyak pilihan kerana ruang gerak lebih bebas, rileks, lebih natural dan fokus foto tidak jatuh pada mereka sahaja kerana ada latar foto. Jangan lupa juga bahawa foto praperkahwinan itu nanti juga dipaparkan di majlis perkahwinan mereka. Untuk itu, harus diingatkan foto tersebut sebaiknya disesuaikan dengan perhiasan pelamin atau pun kostum agar tidak terjadi konflik dengan tema perkahwinan mereka. Lebih baik pilih tema foto yang natural kerana kekuatan foto ini terletak pada interaksi yang harmonis di antara pasangan pengantin.
Jika mereka merasa tidak  fotogenik,  nasihatilah mereka agar melakukan gaya sebaik mungkin. Semasa penggambaran anda cuba untuk membuat sedikit lawak dan berkomunikasi dengan mereka seperti biasa. Berusahalah seolah-olah hanya mereka yang berada di tempat itu. Seboleh-bolehnya suruhlah mereka menunjukkan rasa sayang  melalui tatapan mata dan sentuhan-sentuhan halus/manja. Pandukan mereka untuk mengingati kenangan-kenangan indah suatu ketika ketika dahulu pada awal kisah cinta mereka yang penuh warna.

Peringatan : Tema apapun yang dipilih haruslah disesuaikan dengan peribadi pasangan pengantin. Ini adalah perkahwinan mereka dan merekalah raja dan ratu sehari pada masa tersebut. Semua perhatian akan bertumpu kepada mereka, Untuk itu bebaskan fikiran mereka dan buatlah foto praperkahwinan yang hebat untuk mereka!!

Tip Memilih Fotografer Perkahwinan


PILIHLAH BERDASARKAN :
1. Berpengalaman dalam bidang fotografi dan rakaman video.
2. Memahami protokol perkahwinan baik tradisional mahu punmoden.
3. Mengehadkan permintaan yang terima demi hasil kerja yang baik.
4. Berpakaian kemas sebagai fotografer perkahwinan yang profesional.
5. Fotografer yang dapat memberikan cadangan untuk majlis anda.
6. Tahu gaya ketika mengambil gambar  sebelum dan semasa majlis.
7. Mudah bergaul dan peramah serta ada sedikit sense of humour.

JANGAN MEMILIH BERDASARKAN :
1. Lokasi yang mewah danmahal.
2. Harga murah apa tah lagi yang termahal.
3. Ada pertalian keluarga / rakan.
4. Adanya pakej perkahwinan yang menyeluruh.
5. Berportfolio yang hebat.
6. Aksesori fotografi yang mahal.
7.Memiliki syarikat yang banyak cawangan.
8. Reka bentuk grafiknya.
9. Hasil penyiapan fotonya cepat.

Nov 21, 2009

10 Tip Mudah

1. Pelajari semua fungsi kamera

Pelajari buku manual kamera dan  tata letak tombol dan suis serta kegunaannya, maksud nya kita harus benar-benar tahu dan faham fungsinya dan hafal tempat letaknya.Lakukanlah penekanan tombol sampai kita biasa dan boleh walau pun melakukannya dengan mata tertutup atau di tempat yang gelap. Tip  pertama ini seperti ketika mula belajar memandu kenderaan sehingga kita tidak perlu lagi melihat kedudukan pedal yang perlu ditekan.

2. Pelajari Lensa Zoom dan fokus

Jika Anda memiliki kamera digital SLR , saya menyarankan untuk zooming (close) atau wide-ing focusnya dilakukan secara manual  dan ingat ketika lensa  lebih panjang (zoom/close) memerlukan aperture yang lebih besar untuk menghasilkan gambar yang baik di banding ketika lensa pendek (wide) pelajarialah dan percepatlah prosesnya dalam meng-close atau me-wide untuk membidik suatu object, yang berkaitan langsung dengan focus serta aperture

3. Terima kondisi kamera seadanya

Bagaimana anda akan menghasilkan gambar yang bagus jika anda tidak suka pada kamera anda pada saat menangkap gambar ? Sedangkan gambar yang dihasilkan harus  menggunakan kamera anda dan seharusnya anda memahami batasan yang ada pada kamera dan belajar bertoleransi dengan kamera tersebut. Sekiranya kamera tersebut telah lama digunakan, maka memerlukankan  penggunaan bateri yang tinggi dalam pemrosesan gambar, atau hal lainnya. Hal ini bersifat psikologikal akan tetapi secara teknikalnya anda semestinya memahami kekuatan dan kelemahan kamera tersebut.

4. Percepatkan semua proses

Nyahaktifkan fungsi setiap fungsi automatik yang tidak anda perlukan. Semakin anda memahami dan menguasai karakteristik kamera, semakin cepat anda membuat kerja. Cubalah mengubah fokus kepada mod manual dan anda akan takjub melihat betapa responsif kamera anda bekerja. Tip ini adalah untuk mengurangkan perbezaan antara anda dan subjek, sehingga semuanya menjadi mudah dan anda dapat menumpukan pada penghasilan gambar dan bukan lagi pada  kamera anda

5. Tempat simpanan yang mudah

Memudahkan anda menjaga kamera pada setiap saat dan memudahkan apabila diperlukan. Sentiasa pastikan anda tahu di mana aksesori kamera anda tersimpan serta  melindungi lensa  dengan filter UV untuk menjaga lensa daripada calar dan sebagainya. Kekadang kita tidak peduli teknik penyimpanannya yang akan membuat kita terlambat untuk mengambil objek pada saat yang pantas. Hal ini memerlukan dan menghabiskan masa. Kalau boleh pilih sudut khusus untuk penyimpanan kamera berserta aksesorinya.

6. Jadikan kamera rakan karib

Sediakan beg kamera yang mesra pengguna agar mudah mengakses kamera anda dan ini memerlukan tempat penyimpanan yang berbeza ketika sedang bekerja dan untuk menghindari ketinggalan saat manis yang perlu untuk diabadikan

7. Lihat di sana, bukan di sini

Ketika memandu, kita hanya melihat ke hadapan tetapi pemandu yang hebat akan  membaca jalan lebih ke depan dalam minda mereka atau setidaknya mereka menjaga jarak mereka agar dapat mudah berhenti apabila berlaku sesuatu. Anda akan terkejut betapa ramai fotografer tidak terfikir lagi pada saat yang tidak terlalu penting, mereka akan pergi ke tempat hanya berlaku saat yang penting  akan berlangsung. Mereka hanya menyedari apa yang terjadi di sekitar mereka, tetapi mereka terus-menerus bertanya kepada diri, apa kah yang berlaku  disana? Apakah yang akan terjadi selanjutnya ?
Tip kamera ini mengajarkan bahawa fikiran anda harus waspada terhadap semua  di persekitaran anda. Apa yang anda lihat sekarang adalah asas untuk gambar yang akan datang. Pada masa yang diperlukan untuk mencapai sebuah hasil yang baik, anda mesti pandai merencanakan taktik dan strategi tetapi jika dibiarkan berlalu tanpa  jangkaan ,maka jika berlaku secara kejutan, ini bermakna anda sudah terlambat untuk mengambil gambar bagi satu-satu saat yang amat bermakna.

8. Bayangkan Mata Anda Kamera

Ini mungkin terjadi ketika anda  telah menguasai kemahiran kamera. Apabila melihat sebuah  gambar yang berpotensi - dan ini dapat menjadi inspirasi, binatang liar, atau lanskap dan tidak pernah tahu berapa banyak masa yang dimiliki. Untuk mengatur modus pengambilan gambar, atau sensitiviti, atau zoom dengan panjang fokus yang memberi pembesaran yang diinginkan dan hanya perlu melakukannya dengan mata terus-menerus di tempat kejadian, sentiasa memilih posisi / sudut terbaik untuk gambar yang diinginkan dan sekaligus boleh membayangkan output gambar yang telah diambil itu tanpa perlu melihat paparan LCD.

9 Bayangkan gambar yang hebat

Mempunyai keberanian dan keyakinan  untuk mengambil gambar yang diharapkan benar-benar membantu untuk membayangkan bahawa gambar yang diambil adalah luar biasa! Biarkan gambar yang menginspirasi untuk mengapung di fikiran dan hanya menunggu saatmenekan tombol untuk mengabadikannya. Ini adalah tentang bagaimana meng eksploitasi  sebuah peristiwa dan membayangkan gambar yang paling menakjubkan  yang yang akan dihasilkan sebelum mendapatkan posisi dan sebagainya yang belum dibayangkan oleh fotografer amatur.

10. jangan mudah berasa puas 

Ini adalah tip terakhir iaitu dengan memastikan bateri telah dicas sepenuhnya sebelum meninggalkan stesen. Pastikan memiliki cukup ruang pada kad memori dan pastikan sensor kamera atau kanta lensa bersih dan jangan membidik kamera untuk hal yang tidak penting, dan jadikan setiap sesi pengambilan penting. Tip ini untuk mengelakkan kesulitan yang mungkin timbul pada masa akan datang. Buatlah senarai semak untuk memastikan profesion / hobi sampingan akan terus bernafas. 


Asas Fotografi Digital : Aperture dan ISO

Aperture adalah komponen daripada lensa yang berfungsi mengatur intensiti cahaya yang masuk ke kamera. Diafragma lensa biasanya membentuk lubang mirip lingkaran atau segi tertentu. Ia terbentuk daripada sejumlah lembaran logam (umumnya 5, 7 atau 8 lembar) yang dapat diatur untuk mengubah ukuran dari lubang bukaan (shutter)  lensa yang akan  dimasuki cahaya apabila melalui kamera digital. Aperture adalah ukuran bukaan lensa yang berfungsi memasukkan dan meneruskan cahaya ke filem atau sensor. Ukuran besar kecilnya diatur melalui diafragma. Pada kamera umumnya tertera 2,8; 4; 5,6 dan seterusnya. Angka2-angka tersebut dikenali sebagai f/number, jadi disebut aperture (bukaan) f/2,8; f/4; f/5,6 dan seterusnya. Semakin besar aperture semakin kecil f/numbernya dan semakin kecil pula diameter bukaannya; jadi f/16 lebih kecil diameternya daripada f/5,6.
Cara kerja aperture mirip pupil dalam mata manusia, semakin banyak cahaya yang masuk, semakin kecil diameter pupil dan sebaliknya. Aperture sangat berhubung rapat dengan ruang tajam atau depth of field, semakin besar f/number, misal f/22, paparan ketajaman akan semakin lebar. Ertinya objek di belakang dan di hadapan fokus utama memiliki ketajaman yang baik. Sebaliknya kita akan mendapatkan efek blur/redam untuk objek di hadapan dan dibelakang fokus utama jika menggunakan f-number kecil, misal f/2,8.
Shutter speed dan aperture harus bersinergi untuk mendapatkan dedahan (exposure) yang tepat. Peranan ISO juga penting, semakin tinggi ISO yang digunakan, maka kepekaan terhadap cahaya pun semakin besar, sehingga pada pencahayaan kurang pun, shutter speed mahu pun aperture masih dapat digunakan secara maksimum. Tapi perlu diingatkan semakin tinggi ISO yang digunakan, akan semakin tinggi tingkat noise ataupun grain yang dihasilkan

( ISO / ASA adalah kecepatan filem merupakan istilah dalam fotografi untuk mengukur tingkat sensitiviti atau kepekaan filem foto terhadap cahaya. Filem dengan kepekaan rendah (memiliki angka ISO rendah) memerlukan dedahan (exposure) yang lebih lama sehingga disebut slow filem, sedangkan filem dengan kepekaan tinggi (memiliki angka ISO tinggi) memerlukan dedahan yang singkat.
Untuk mengetahui apakah dedahan sudah tepat atau belum, pada kamera digital atau konvensional tersedia ciri metering. Sehingga terjadinya over exposure (terlebih pencahayaan) atau under exposure (terkurang pencahayaan) dapat diminimumkan.
Walau sebagus dan secanggihnya sesebuah kamera yang hanya merupakan alat, yang menentukan adalah orang yang berada di belakang kamera tersebut.

Semoga bermanfaat..