Dec 2, 2009

Resepi Menjejak Bintang



  • Rancang untuk membuat jejak-jejak bintang (star trails) ketika bulan penuh atau baru. Anda tidak memerlukan cahaya bulan di langit kerana ini akan menghilangkan jejak bintang dan akan menyebabkan imej terlebih dedahan (overexposed) berdasarkan tempoh masa yang diperlukan untuk bukaan pengatup merakam jejak bintang yang menarik.
  • Lakukan kajian awal pada waktu siang dan tandakan tempat yang anda fikirkan untuk merakam jejak bintang. Kalau boleh pastikan bintang utara berada dalam bingkai rakaman tersebut. Memandangkan titik paksi pada bumi Utara-Selatan, bintang Utara akan berada tetap, manakala bintang yang lain akan nampak bergerak mengelilinginya (disebabkan putaran bumi). Sebab itulah kita akan dapat corak putaran yang menarik sekiranya bintang Utara (polaris) dimasukkan ke dalam bingkai.
  • Sekiranya menggunakan kamera digital, suhu sekitaran yang rendah, akan menjadikan hasil imej kurang ‘noise’ jika dibandingkan dengan piksel panas. Sesetengan fotografer mencadangkan bidikan pelbagai dalam jangka masa pendek (katakana 40 bidikan dalam masa 30 saat) dan kemudian susunkan menjadi satu bidikan dalam tempoh masa 20 minit. Teknik ini akan mengurangkan ‘noise’. Selain itu, bidikan dengan dedahan yang lama seperti 20 hingga 40 minit atau lebih dan jangan gunakan bingkai gelap untuk mengelakkan piksel panas tadi (iaitu dengan membidik dan kemudian terus membidik lagi dalam jangka masa yang sama, tetapi dengan penutup lensa menutup lensa. Ini akan menyebabkan piksel panas yang terdapat dalam bidikan pertama akan dirakam dalam bidikan yang kedua juga. Dengan menggunakan perisian, kita dapat mengeluarkan piksel panas daripada foto asal. Kebanyakan SLR digital moden boleh melakukan perkara ini (menggunakan ciri yang dikenali sebagai LENR-Long Exposure Noise Reduction) Perlu diingatkan dengan mengktifkan cirri tersebut, kamera akan merakam bidikan kedua pada jangka masa yang sama
  • Setkan kamera pada tripod.
  • Setkan fokus kepada infiniti. Kadang-kadang tanda infiniti pada lensa tidak selaras pada infiniti yang sebenarnya yang menghasilkan bidikan di luar focus. Terdapat beberapa cara untuk mengelakkannya. Anda boleh memfokuskan sesuatu objek jauh pada waktu siang dan tandakan posisi simbol infiniti pada lensa. Selain itu, fokuskan ojek jauh pada waktu siang dan kemudian jangan sentuh lensa sehinggalah anda membidik untuk menggambar pada sebelah malam. Ingat, letakkan kamera pada mod fokus secara manual.
  • Pastikan ISO pada 100 hingga 200.
  • Setkan kelajuan pengatup pada mod ‘bulb’. Gunakan pembidik kawalan jauh (remote trigger) untuk membolehkan anda melepaskan pengatup dan biarkan merakam dalam tempoh masa yang anda inginkan.
  • Setkan aperture, katakan F2.8 atau F4. Berdasarkan pengalaman pada malam yang amat gelap, anda akan  mendapatkan bidikan dengan dedahan yang cukup dengan menggunakan kelajuan pengatup di antara 20 hingga 25 minit dan dengan aperture F4. Buatkan beberapa percubaan dan lihat apa yang telah anda dapat. Anda akan dapat jejak bintang yang baik sekiranya dedahan dibuat dalam masa yang lama dan pasangkan kep mata ‘viewfinder’ untuk mengelakkan sebarang cahaya dari luar mengganggu tugasan anda. 
  • Saya biasanya akan mengambil dedahan yang cepat untuk selam 3 minit dengan aperture pada F4 atau F5.6 (atau apa sahaja aperture yang anda inginkan) dan dengan ISO sekitar 3200 hanya untuk memastikan focus adalah tepat. Katakan anda setkan aperture kepada F$, ISO 3200 dan membidik selama 3 minit. Periksa dan lihat sekiranya fokus tepat dan juga pastikan dedahan adalah betul (imej akan terlalu ‘noisy’, tetapi anda akan dapat idea yang berguna tentang dedahan). Sekiranya Nampak seolah-olah kurang dedahan, cuba buat semula, tetapi dengan masa 4 minit. Sekiranya dedahan pada kali ini tepat, bolehlah anda untuk menetapkan kelajuan pengatup yang betul untuk ISO asas. Katakan ISO asas anda ialah 200 , jadi perbezaan antara ISO 200 dan ISO 3200 ialah 4 hentian (400, 800, 1600, 3200). Jadi, sekiranya anda setkan ISO pada 200 menjadikan imej kurang ‘noise’, kemudian anda mesti melaraskannya kepada hentian 4 kelajuan pengatup. Jika kelajuan pengatup semasa  ialah 3 minit, kemudian anda harus setkan kelajuan pengatup pada 48 minit (6m, 12m, 24m, 48m) untuk mendapatkan dedahan yang sama pada ISO 200.
Itu sahaja! Anda telah Berjaya. Ambil gambar dan berpuas hati dengan hasilnya.
Diterjemahkan daripada : Photographing Star Trails